Sabtu, 31 Oktober 2009

Aku merepek untuk seminggu....

Seorang bapa tunggal tinggal di tepi sungai bersama anaknya. Si bapak ini ada membela seekor berok yang pandai membuat kerja-kerja rumah. Pada satu hari si bapak ini pergi ke bandar untuk bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah kepimpinan dalam masyarakat kampungnya kerana diamerupakan orang yang paling berpengaruh. Si bapak meninggalkan anaknya kerana telah mendidik anaknya supaya berdikari berdasarkan konsep "Satu Hari Nanti Jadi Pandai".

Apabila si bapak ini tiada dirumah, maka si anak ini pun bermain pondok-pondok di tepi sungai. Dalam masa yang sama beruk belaan pula hanya melakukan kerja rutinnya dengan membersihkan rumah. Nak dijadikan cerita ini bertambah sedap, datanglah seorang perompak merompak rumah itu. Disebabkan rumah itu tidak memiliki apa-apa barang, maka perompak itu membunuh beruk kerana kecewa tidak dapat hasil dalam rompakan.

Dalam masa yang sama, si anak yang sedang bermain pondok-pondok ditepi sungai tidak menyedari bahawa dihulu sungai katak sedang berpesta melompat dari batu ke tempurung dan cuba untuk melompat sehingga ke amerika sambil bernyanyi menyebabkan hujan turun dengan lebat sehingga air deras menghanyutkan sebuah jambatan yang dikatakan paling canggih kerana strukturnya boleh menahan tsunami menghempap dan melemaskan si anak yang bermain pondok-pondok ditepi sungai.

Si bapak yang baru pulang dari mesyuarat di bandar terkejut melihat kejadian di rumahnya. Dia segera mendapatkan beruknya kerana bimbang tiada sapa yang akan menguruskan rumahnya lagi sedangkan anaknya dibiarkan lemas didalam sungai kerana berfikiran tidak lama lagi anaknya akan dijumpai juga terapung. Si bapak ini segera memerintahkan gengnya untuk mencari sampai dapat siapa yang membunuh beruknya kerana bimbang gerombolan beruk akan datang menuntut bela atas kematian spesisnya itu. Ini disebabkan sebelum ini gerombolan beruk pernah datang mengganggu si bapak dan keluarganya gara-gara si bapak ini memberitahu pada semua orang bahawa pisang adalah makanan utama keluarganya hingga mengakibatkan beruk-beruk itu mengamuk.

Akhirnya perompak yang membunuh beruknya dijumpai dan dijatuhkan hukuman. Sedangkan anaknya yang mati lemas kerana dihempap jambatan dibiarkan sehingga dijumpai dalam keadaan yang mengerikan. Setelah diselidik bahawa jambatan itu dibuat oleh kawan si bapak, Jambatan itu dibina dengan buluh dan tali rapia yang merupakan projek jambatan yang termahal dikampung itu berbanding jambatan konkrit. Mungkin disebabkan buluh diimport dari Monggolia.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*ape yang aku merepek ni.... baca je la.... aku pun x paham

Rabu, 14 Oktober 2009

Ayuh kembali ke Memori SMK Pasir Besar...

Assalamulaikum...

Atas permintaan rakan-rakan sekolah SMK Pasir Besar & arahan Miss Big Boss Mas, member yang lahir pada 1986 (Zainurul pun masuk gak la) adalah dijemput untuk memberi buah fikiran dan pendapat bagi menjayakan "Reunion SMK Pasir Besar Kelahiran 1986". Maybe program ni akan dibuat pada bulan Disember 2009 & lokasinye adalah Port Dickson. So sesiapa yang berkenaan boleh la respon pada hhismail@gmail.com or palong_888888@yahoo.com atau sms di talian 017-2026786. Nak kata x setuju, bangkang, nak buat tempat lain or nak jadi sponsor amat la dialu - alukan.

Selasa, 29 September 2009

Nostalgia : Aku Budak Minang

Semalam aku lepak depan tv. Selalu lepas tengok berita, aku dah lepak bilik layan buku je. Tapi malam tadi tiba-tiba pula terbuka RTM 2. Mula-mula aku tengok satu cite ni macam aku kenal je jalan citenya. Lama gak la nak tangkap pastu tiba-tiba terpacul perkataan "UJANG". Sahih ini cite Aku Budak Minang. Ape-ape pun memang layan la. Aku ade baca artikel tentang cite ni tahun lepas rupa-rupanya baru semalam disiarkan. kalo ikut perancangan awal tahun dah kuar.


Buat masa ni tak nak komen ttg lakonan drama ni sebab baru episod 1 tapi aku nak cite macam mana aku kenal denagn cite ni. ini sume gara-gara abang aku la yang selalu beli majalah Gila-Gila. Pastu Ujang kuarkan pula cite-cite macam Aku Budang Minang, Jibam, Aca & Atuk. Tapi ape-ape pun Ujang memang best. Sebab Ujang la aku meneruskan legasi membeli majalah Gila-Gila, pastu Ujang, Lanun, sekarang lak dok buat koleksi G3 sebab nak layan cite Gayour. Kat majalah Ujang macam2 kartunis aku kenal macam Ubi, Sukun, Duku, Nik, Kobis Bungo, n rmi lagi tapi sekarang majalah Ujang dah x best lagi macam dulu-dulu...



Aku x nak pun cite ttg Aku Budak Minang ni sebab nanti Zulkiflie M. Osman dengan Ujang marah pula... Hehehe.. Tapi sebagai pengikut setia cite ni dari dulu aku cadangkan korang tengok la cite tu.. Kalo dapat cari balik koleksi majalah ni pun lagi bagus... ape-ape pun layan cite ni... Sekarang ni aku tengah tunggu filem ttg cite JIBAM sebab hari tu ade dengar ura-ura cite JIBAM nak difilemkan..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


*aku bukan budak minang, tapi anak jawa... tapi stil bujang... hehehehe

Khamis, 17 September 2009

Minal Aidil Wal Faidzin

Ramadhan meninggalkan kita dengan pelbagai sejuta kelebihan... Kini menjelang Syawal yang dinantikan semua umat... Sesungguhnya kita patut rasa berat untuk meninggalkan Ramadhan kerana banyak kelebihan dan manfaat yang diberikan pada bulan ini berbanding bulan lain.. Patah tumbuh, hilang berganti, lumrah kehidupan... Sambut Syawal dengan kesederhanaan dengan ikatan penuh silaturahim.. Syawal menemukan kita dengan sanak saudara namun aktiviti berkunjungan hendaklah dilakukan bukan hanya pada Hari Raya sahaja...


"Jadikan Syawal Hari Yang Mengalirkan Air Mata Kesyukuran dan Kegembiraan Bukan Dengan Air Mata Kesedihan"



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


*Pohon kemaafan atas segala p'lakuan & p'cakapan yang tlh menyinggung perasaan dgn sengaja atau tidak sengaja, juga mohon halalkan segala makan, minum dan barang2 kalau ade yang terambil secara sengaja atau tidak sengaja... Minal Aidil Walfaidzin...

Jumaat, 28 Ogos 2009

Dah besar dah budak ni.....


Dulu dah pernah dapat trofi-trofi anugerah ni, bila dah besar tak heran dah kalo artis dapat trofi.....



Nak jadi pelumba Formula Satu tapi macam tak tercapai je cita-cita tu...



Kecik-kecik dah pandai bergaya bila dah tua selebet je...



Dah besar dah budak ni, dulu asyik mengekor je mak dia gi mana-mana, duduk dalam raga motor kalo naik motor ngan abah dia, x dapat ikut nangis je taunye... Kalo nangis subhanaAllah susah nak berhenti, cembeng betul.... Sekarang ni dah besar pun budak tu. Dah menjangkau 23 tahun hari ni sama hari jadi dengan Abby Fana.... Patut la dia ni banyak cakap, satu pesen dengan Abby... Dengar2 dh menggatal nak kawen.. Isyh2, sara diri sendiri tak lepas ade hati nak kawen... Tapi bagus la nak kawen, kurang dosa tambah pahala... Boleh gak ramai kan zuriat umat Islam... Cuma kena ukur badan sendiri.... Tak mampu buat cara tak mampu... Skrg mcm-mcm kes... Kalo bercerai minta smpi berjuta-juta... Dunia akhir zaman... Ape2 pun pada sapa yang kenal budak ni & still ingat hari maulid dia, bebanyak la terima kasih... Masih ade ruang dalam akal fikiran juga korang untuk penat-penat pikir hari jadi dia... Moga korg dibawah lindungan Allah SWT....



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


*Sapa kenal mamat ni bagi tau kat aku, aku x brp nak kenal la pula... hahahaha

Merdeka - Ape maknenya?

Setiap tahun orang sambut istilah ni "MERDEKA" walaupun puasa tetap sambut gak janji sambut. Kalo tak sambut nanti dianggap tak mempunyai semangat patriotik, nationalisme la ntah apa-apa istilah lagi. Dan yang paling syok sekali semua media massa berduyun-duyun jumpa masyarakat dan tanya soalan, 'apa itu merdeka bagi anda'. Kadang-kadang nak nangis juga dengar soalan yang sama pada masa yang sama setiap tahun.

Merdeka? Ikutkan kamus dewan bahasa edisi ketiga (versi digital punya)maksud merdeka adalah bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain. Tapi macam tak bebas je aku rasa. Yang paling tak bebas mesti la bro Zunar. Baru je nak terbit majalah baru siap dah dapat kebenaran dr kementerian tiba-tibak kena serang da. Confirm bulan depan punya keluaran boleh tgk kartun edisi kena serang... hehehehe

Nak bersuara sikit kena tahan, nak berhimpun kena tahan, nak tulis kat internet kena tahan.Macam tak bebas je. Tapi walau ape-ape pun kita patut bersyukur juga pada Ilahi, sebab kita boleh menikmati kehidupan yang selesa, boleh pergi ke mana-mana walaupun kadang-kadang kena tahan polis. Terima kasih pada pejuang agama, pejuang bangsa, pejuang negara. Walaupun orang kata kita merdeka tanpa menumpah setitis darah tapi aku rasa dah banyak anak yang menjadi yatim piatu, dah ramai wanita yang menjadi janda akibat untuk mendapatkan kemerdekaan. Al-fatihah untuk mereka yang terkorban untuk kemerdekaan negara

Dalam keadaan yang dah maju ini kita juga perlu bebas diri dari kepompong pemikiran yang lama. Manusia diberikan akal adalah untuk berfikir secara rasional. Dapat membezakan mana yang baik mana yang buruk, mana yang pahala mana yang dosa. Jangan kita sentiasa angguk walaupun benda tu salah semata-mata kita setuju kerana ade kepentingan. Namun sebagai Islam kita kena berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan terlampau merdeka sampai akidah rosak.

Ingat masa kecik dulu, time tengok sukan olimpik, bangga berbunga dihati apabila tengok bendera Malaysia dikibarkan apabila menang sesuatu acara tapi rupa-rupanya rasa tertipu. Sekali bendera Amerika da. Bikin confuse je. Aku pun terpikir-pikir gak, bendera Malaysia ni tiru Amerika ke Amerika tiru kita. Belum lagi cite pasal orang bising-bising pasal lagu NegaraKu tu ciplak dari Memula Moon. Macam tak merdeka la macam tu kalo identiti negara pun kita cedok dari sumber yang lain.

Lantak korang la, ape-ape pun sume dari hati. Tak guna melaung, melolong sambut merdeka, cakap wira bangsa, cinta negara tapi sebaliknya macam-macam yang dibuat bikin malu negara, rompak harta negara.


-----------------------------------------------------------------------------------


*Tiap tahun dapat 'merdeka' dari kerja hehehe....

Khamis, 27 Ogos 2009

Sebatan - Kenapa jadi kalut?

Kes Kartika Sari Dewa menjadi tumpuan media sama ada dalam negara mahu pun luar negara. media luar negara mengambil kesempatan untuk mengatakan undang-undang syariah ini bersifat kejam. Namun apa yang memelikkan bahawa setelah setahun kes ini berjalan dan hukuman sudah dijatuhkan tiba-tiba ramai yang cuba menjadi pembela hak asasi. Yang paling pelik adalah pemimpin-pemimpin kerajaan beria-ia meminta Kartika memohon untuk membuat rayuan sedangkan Kartika dengan rela hati dirinya menanggung hukuman dan golongan bukan Islam juga berusaha untuk membantu Kartika.

Tertarik dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa hukuman tidak dapat dilaksanakan akibat tiada yang mahir dalam mengendalikan hukuman. Sungguh memalukan bahawa negara yang Islam adalah agama rasmi tidak mempunyai individu yang mahir dalam melaksanakan hukuman.

Bagaimanapun tindakan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) boleh mengundang kekeliruan kepada masyarakat terutama bukan Islam. Hanya dengan alasan di bulan Ramadhan maka hukuman tidak dijalankan. Ia umpama ada tangan-tangan yang menghalang dalam kita cuba melakukan undang-undang Islam. Keadilan dan kehakiman jangan dipengaruhi denga politik. Dalam Islam apabila kesalahan dilakukan tak kira bulan apa sekalipun ia tetap dosa dan tetap menerima balasan di akhirat.

Apa-apa pun jangan kita biarkan Kartika dalam keaiban. Tidak perlulah kita mengecam atau mempengaruhi keputusan yang telah dibuat. Sekiranya seseorang yang mengaku salah dan sedia menerima hukuman maka jalankan hukuman dengan penuh tanggungjawab. Moga dengan hukuman dapat mendidik dan mengajar masyarakat supaya tidak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan akidah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


*Tak sanggup masuk dalam api neraka.....