Jumaat, 28 Ogos 2009

Merdeka - Ape maknenya?

Setiap tahun orang sambut istilah ni "MERDEKA" walaupun puasa tetap sambut gak janji sambut. Kalo tak sambut nanti dianggap tak mempunyai semangat patriotik, nationalisme la ntah apa-apa istilah lagi. Dan yang paling syok sekali semua media massa berduyun-duyun jumpa masyarakat dan tanya soalan, 'apa itu merdeka bagi anda'. Kadang-kadang nak nangis juga dengar soalan yang sama pada masa yang sama setiap tahun.

Merdeka? Ikutkan kamus dewan bahasa edisi ketiga (versi digital punya)maksud merdeka adalah bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain. Tapi macam tak bebas je aku rasa. Yang paling tak bebas mesti la bro Zunar. Baru je nak terbit majalah baru siap dah dapat kebenaran dr kementerian tiba-tibak kena serang da. Confirm bulan depan punya keluaran boleh tgk kartun edisi kena serang... hehehehe

Nak bersuara sikit kena tahan, nak berhimpun kena tahan, nak tulis kat internet kena tahan.Macam tak bebas je. Tapi walau ape-ape pun kita patut bersyukur juga pada Ilahi, sebab kita boleh menikmati kehidupan yang selesa, boleh pergi ke mana-mana walaupun kadang-kadang kena tahan polis. Terima kasih pada pejuang agama, pejuang bangsa, pejuang negara. Walaupun orang kata kita merdeka tanpa menumpah setitis darah tapi aku rasa dah banyak anak yang menjadi yatim piatu, dah ramai wanita yang menjadi janda akibat untuk mendapatkan kemerdekaan. Al-fatihah untuk mereka yang terkorban untuk kemerdekaan negara

Dalam keadaan yang dah maju ini kita juga perlu bebas diri dari kepompong pemikiran yang lama. Manusia diberikan akal adalah untuk berfikir secara rasional. Dapat membezakan mana yang baik mana yang buruk, mana yang pahala mana yang dosa. Jangan kita sentiasa angguk walaupun benda tu salah semata-mata kita setuju kerana ade kepentingan. Namun sebagai Islam kita kena berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan terlampau merdeka sampai akidah rosak.

Ingat masa kecik dulu, time tengok sukan olimpik, bangga berbunga dihati apabila tengok bendera Malaysia dikibarkan apabila menang sesuatu acara tapi rupa-rupanya rasa tertipu. Sekali bendera Amerika da. Bikin confuse je. Aku pun terpikir-pikir gak, bendera Malaysia ni tiru Amerika ke Amerika tiru kita. Belum lagi cite pasal orang bising-bising pasal lagu NegaraKu tu ciplak dari Memula Moon. Macam tak merdeka la macam tu kalo identiti negara pun kita cedok dari sumber yang lain.

Lantak korang la, ape-ape pun sume dari hati. Tak guna melaung, melolong sambut merdeka, cakap wira bangsa, cinta negara tapi sebaliknya macam-macam yang dibuat bikin malu negara, rompak harta negara.


-----------------------------------------------------------------------------------


*Tiap tahun dapat 'merdeka' dari kerja hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan