Jumaat, 28 Ogos 2009

Dah besar dah budak ni.....


Dulu dah pernah dapat trofi-trofi anugerah ni, bila dah besar tak heran dah kalo artis dapat trofi.....



Nak jadi pelumba Formula Satu tapi macam tak tercapai je cita-cita tu...



Kecik-kecik dah pandai bergaya bila dah tua selebet je...



Dah besar dah budak ni, dulu asyik mengekor je mak dia gi mana-mana, duduk dalam raga motor kalo naik motor ngan abah dia, x dapat ikut nangis je taunye... Kalo nangis subhanaAllah susah nak berhenti, cembeng betul.... Sekarang ni dah besar pun budak tu. Dah menjangkau 23 tahun hari ni sama hari jadi dengan Abby Fana.... Patut la dia ni banyak cakap, satu pesen dengan Abby... Dengar2 dh menggatal nak kawen.. Isyh2, sara diri sendiri tak lepas ade hati nak kawen... Tapi bagus la nak kawen, kurang dosa tambah pahala... Boleh gak ramai kan zuriat umat Islam... Cuma kena ukur badan sendiri.... Tak mampu buat cara tak mampu... Skrg mcm-mcm kes... Kalo bercerai minta smpi berjuta-juta... Dunia akhir zaman... Ape2 pun pada sapa yang kenal budak ni & still ingat hari maulid dia, bebanyak la terima kasih... Masih ade ruang dalam akal fikiran juga korang untuk penat-penat pikir hari jadi dia... Moga korg dibawah lindungan Allah SWT....



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


*Sapa kenal mamat ni bagi tau kat aku, aku x brp nak kenal la pula... hahahaha

Merdeka - Ape maknenya?

Setiap tahun orang sambut istilah ni "MERDEKA" walaupun puasa tetap sambut gak janji sambut. Kalo tak sambut nanti dianggap tak mempunyai semangat patriotik, nationalisme la ntah apa-apa istilah lagi. Dan yang paling syok sekali semua media massa berduyun-duyun jumpa masyarakat dan tanya soalan, 'apa itu merdeka bagi anda'. Kadang-kadang nak nangis juga dengar soalan yang sama pada masa yang sama setiap tahun.

Merdeka? Ikutkan kamus dewan bahasa edisi ketiga (versi digital punya)maksud merdeka adalah bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain. Tapi macam tak bebas je aku rasa. Yang paling tak bebas mesti la bro Zunar. Baru je nak terbit majalah baru siap dah dapat kebenaran dr kementerian tiba-tibak kena serang da. Confirm bulan depan punya keluaran boleh tgk kartun edisi kena serang... hehehehe

Nak bersuara sikit kena tahan, nak berhimpun kena tahan, nak tulis kat internet kena tahan.Macam tak bebas je. Tapi walau ape-ape pun kita patut bersyukur juga pada Ilahi, sebab kita boleh menikmati kehidupan yang selesa, boleh pergi ke mana-mana walaupun kadang-kadang kena tahan polis. Terima kasih pada pejuang agama, pejuang bangsa, pejuang negara. Walaupun orang kata kita merdeka tanpa menumpah setitis darah tapi aku rasa dah banyak anak yang menjadi yatim piatu, dah ramai wanita yang menjadi janda akibat untuk mendapatkan kemerdekaan. Al-fatihah untuk mereka yang terkorban untuk kemerdekaan negara

Dalam keadaan yang dah maju ini kita juga perlu bebas diri dari kepompong pemikiran yang lama. Manusia diberikan akal adalah untuk berfikir secara rasional. Dapat membezakan mana yang baik mana yang buruk, mana yang pahala mana yang dosa. Jangan kita sentiasa angguk walaupun benda tu salah semata-mata kita setuju kerana ade kepentingan. Namun sebagai Islam kita kena berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan terlampau merdeka sampai akidah rosak.

Ingat masa kecik dulu, time tengok sukan olimpik, bangga berbunga dihati apabila tengok bendera Malaysia dikibarkan apabila menang sesuatu acara tapi rupa-rupanya rasa tertipu. Sekali bendera Amerika da. Bikin confuse je. Aku pun terpikir-pikir gak, bendera Malaysia ni tiru Amerika ke Amerika tiru kita. Belum lagi cite pasal orang bising-bising pasal lagu NegaraKu tu ciplak dari Memula Moon. Macam tak merdeka la macam tu kalo identiti negara pun kita cedok dari sumber yang lain.

Lantak korang la, ape-ape pun sume dari hati. Tak guna melaung, melolong sambut merdeka, cakap wira bangsa, cinta negara tapi sebaliknya macam-macam yang dibuat bikin malu negara, rompak harta negara.


-----------------------------------------------------------------------------------


*Tiap tahun dapat 'merdeka' dari kerja hehehe....

Khamis, 27 Ogos 2009

Sebatan - Kenapa jadi kalut?

Kes Kartika Sari Dewa menjadi tumpuan media sama ada dalam negara mahu pun luar negara. media luar negara mengambil kesempatan untuk mengatakan undang-undang syariah ini bersifat kejam. Namun apa yang memelikkan bahawa setelah setahun kes ini berjalan dan hukuman sudah dijatuhkan tiba-tiba ramai yang cuba menjadi pembela hak asasi. Yang paling pelik adalah pemimpin-pemimpin kerajaan beria-ia meminta Kartika memohon untuk membuat rayuan sedangkan Kartika dengan rela hati dirinya menanggung hukuman dan golongan bukan Islam juga berusaha untuk membantu Kartika.

Tertarik dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa hukuman tidak dapat dilaksanakan akibat tiada yang mahir dalam mengendalikan hukuman. Sungguh memalukan bahawa negara yang Islam adalah agama rasmi tidak mempunyai individu yang mahir dalam melaksanakan hukuman.

Bagaimanapun tindakan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) boleh mengundang kekeliruan kepada masyarakat terutama bukan Islam. Hanya dengan alasan di bulan Ramadhan maka hukuman tidak dijalankan. Ia umpama ada tangan-tangan yang menghalang dalam kita cuba melakukan undang-undang Islam. Keadilan dan kehakiman jangan dipengaruhi denga politik. Dalam Islam apabila kesalahan dilakukan tak kira bulan apa sekalipun ia tetap dosa dan tetap menerima balasan di akhirat.

Apa-apa pun jangan kita biarkan Kartika dalam keaiban. Tidak perlulah kita mengecam atau mempengaruhi keputusan yang telah dibuat. Sekiranya seseorang yang mengaku salah dan sedia menerima hukuman maka jalankan hukuman dengan penuh tanggungjawab. Moga dengan hukuman dapat mendidik dan mengajar masyarakat supaya tidak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan akidah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


*Tak sanggup masuk dalam api neraka.....

Selasa, 25 Ogos 2009

H1N1 - Di bulan Ramadhan al-Mubarak

Sehingga tulisan ini ditulis, sudah 71 orang maut akibat penyakit H1N1 dan sepanjang 5 hari Ramadhan dicatatkan hanya 3 korban mangsa H1N1. Keberkatan bulan Ramadhan telah mengurangkan kematian akibat wabak maut ini. Dalam bulan yang berkat ini, pahala yang kita dapat berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Perbanyakkan doa untuk menjauhkan dari wabak penyakit, persengketaan sesama umat islam. Moga penulara wabak penyakit ini berkurang dan kita sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Esa...

----------------------------------------------------------------------------------------------

*Cegah sebelum parah, berhati-hati sebelum berubat

Khamis, 20 Ogos 2009

H1N1 - Terima Kasih Kerajaan....

H1N1 - Ape tindakan Kerajaan

H1N1: Mereka tak pakai topeng boleh dikenakan tindakan - Sumber Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka yang mempunyai simptom H1N1, tetapi enggan memakai topeng mulut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, pagi ini

-----------------------------------------------------------------------------------------------

* Jika betul nak ambil tindakan, kerajaan kena kawal harga topeng mulut kalau tak mahu bagi free pun pada rakyat..... Jangan hanya letakkan beban pada rakyat, kerajaan pun kena main peranan juga.... Ape guna rakyat pilih kerajaan kalau kerajaan tak mampu bantu rakyat... Setakat pengumuman laporan kematian setiap hari tak berguna kalau tak de tindakan...


*Melaui post yang lalu saya ade komen tentang ape tindakan kerajaan apabila mengenakan tindakan kepada yang tidak memakai topeng. Semalam kerajaan telah menjadikan topeng sebagai barang kawalan. Moga kata-kata dilakukan melaui perbuatan.

Isnin, 17 Ogos 2009

Bonus bakal menjelma......

H1N1 - Ape tindakan Kerajaan

H1N1: Mereka tak pakai topeng boleh dikenakan tindakan - Sumber Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka yang mempunyai simptom H1N1, tetapi enggan memakai topeng mulut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, pagi ini

-----------------------------------------------------------------------------------------------

* Jika betul nak ambil tindakan, kerajaan kena kawal harga topeng mulut kalau tak mahu bagi free pun pada rakyat..... Jangan hanya letakkan beban pada rakyat, kerajaan pun kena main peranan juga.... Ape guna rakyat pilih kerajaan kalau kerajaan tak mampu bantu rakyat... Setakat pengumuman laporan kematian setiap hari tak berguna kalau tak de tindakan...

Assalamualaikum

Bermula jari menaip berkongsi pendapat......