Tertarik dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa hukuman tidak dapat dilaksanakan akibat tiada yang mahir dalam mengendalikan hukuman. Sungguh memalukan bahawa negara yang Islam adalah agama rasmi tidak mempunyai individu yang mahir dalam melaksanakan hukuman.
Bagaimanapun tindakan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) boleh mengundang kekeliruan kepada masyarakat terutama bukan Islam. Hanya dengan alasan di bulan Ramadhan maka hukuman tidak dijalankan. Ia umpama ada tangan-tangan yang menghalang dalam kita cuba melakukan undang-undang Islam. Keadilan dan kehakiman jangan dipengaruhi denga politik. Dalam Islam apabila kesalahan dilakukan tak kira bulan apa sekalipun ia tetap dosa dan tetap menerima balasan di akhirat.
Apa-apa pun jangan kita biarkan Kartika dalam keaiban. Tidak perlulah kita mengecam atau mempengaruhi keputusan yang telah dibuat. Sekiranya seseorang yang mengaku salah dan sedia menerima hukuman maka jalankan hukuman dengan penuh tanggungjawab. Moga dengan hukuman dapat mendidik dan mengajar masyarakat supaya tidak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan akidah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Tak sanggup masuk dalam api neraka.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan